Sabtu, 2 September 2017

Pengembaraan membuat passport (3)

Bila dah siap MyKid, kena buat passport pula. 

Semasa buat passport, ada juga halangan/ujian kecil.

Rumah belum habis kemas lagi nak aqiqah. Esok atuk dan mak cik sekeluarga nak datang dari Singapore.

Selepas buat MyKid, petang tu sempat sapu dan mop lantai. Penat jugalah. Rumah pun luas. Yang paling susah tu bawah meja dan almari. Kena tunduk.

Kebersihan tu pun sebahagian dari iman. Dapat pahala.

Mungkin sebab tu kut. Isteri badan panas sangat semalam. Pada malam hari siap MyKid tu, semasa sedang tidur. Terkejut saya dibuatnya bila lengan terkena lengan isteri. Mula-mula ingat mimpi, tidur semula. Tapi bila dua tiga kali rasa panas bila tersentuh.


Saya pun kata dengan isteri, "panaslah badan awak."

Saya pun bangun dan cari kain. Maklumlah bilik saya ni dah lama tak di diami, apa ada dalam almari pun saya tak tahu. Semua sumbat situ.

Semasa mencari tu saya pergi ke bilik air. Sambil mencedok air. Saya terfikir dan bermonolog bersendirian.

"Tak kan nak cedok dan siram je. Kejamnya."

"Hmm. Malasnya nak pergi dapur, tak kan nak guna kain buruk."

"Ahah. Guna tisu basah anaklah."

Selepas jumpa tisu basah tu. Saya alihkan selimut dan mulalah lap badan isteri. Sambil-sambil tu bacalah surah 3 Qul.

Dalam 3 Qul ini kita kena betul niat.

Semoga tempat kita meminta bantuan (a'uuzu) hanyalah pada Allah. Supaya dengan air ini yang disapu, Allah menyihatkan dan menyejukkan badan isteri. Semoga Allah jauhi segala keburukan yang ada dalam air ni.

Kerana setiap benda Allah ciptakan (falaq) ada disertakan kebaikan dan keburukan.

Isteri pun kata "patutlah rasa sejuk je semalam. Badan pun sakit2"

Bila panas dah reda. Barulah sambung balik berehat.

Pagi tu, selepas subuh, kami menunggu anak bangun. Semua document kami dah simpan dalam satu bag.

Selepas anak bangun je, mandikan dia. Lepas tu kami bergilir-gilir mandi. Hari ini mama tak ikut kami ke Putrajaya. Jadi kami bertiga je akan pergi.

Kami sarapan dengan air susu kambing dan roti. Oh ya. Isteri saya jual susu kambing Hi-Rich. Boleh lah beli. Macam2 perisa ada. Banana, Kopi, Spirulina pun ada. Boleh lah PM kami ya. 

Saya pun sempat vacuum sikit tikar2 sikit sebelum berangkat.

Set destinasi ke putrajaya dan gerak. Sampai je di sana kami ikut je kereta parking di mana. Alhamdulillah dapat parking. Jauh sedikitlah, parking depan mahkamah. Takpe lah kan. Asalkan parking free. Hehe. Kami dah biasa jalan di Jepun, jadi setakat jalan beberapa meter ni. Senang je.

Sampai saja di sana, kami naik tingkat 3 dan pergi ke kaunter nombor. Pegawai kata kena ada 
1. Gambar anak 3.5cm x 5cm (x2) background light blue.
2. Surat dari imigresen yg diambil di airport.
3. Borang W.
4. MyKad ibubapa. 

Boleh refer link di bawah ya.
http://www.malaysiacentral.com/information-directory/how-to-apply-for-malaysia-international-passport-jabatan-imigresen-malaysia/#sthash.Li3yuUdi.dpbs

Alamak. Kami tiada gambar pula. Tapi dia beri saja nombor kepada kami.

Gambar anak yang lebihan tak ambil di Jepun. Jadi kami pun pergi ke bangunan lama di sebelah untuk print gambar. Sempat kut siap sebelum nombor di panggil.

Ramainya orang asing di bawah ni. Majority Bangladesh, Indonesia. Kita di Jepun dah biasa bergaul dengan mereka. Kalau apa-apa event memang tak de seri lah tanpa mereka. Makanan, minuman, cawan, etc. Semua kerja di bahagikan supaya kita bergerak dalam satu community.

Sampai ke kedai print gambar. Isteri pula sakit perut.

Kedai tu kecil je. Tukang jual tu kata kalau ada file gambar, boleh hantar ke no whatsapp. Mudah. Jadi saya forward sajalah gambar yang ada dalam phone. 

Waktu tu saya dan anak je tunggu gambar tu siap. Anak bila dia merengek je dalam carrier tu saya akan tawaf sekeliling kedai tu. Biasalah Malaysia kan panas. Kalau pakai carrier, kami berpeluh juga walaupun dalam bangunan. 

Bila siap je gambar. Saya tunggulah isteri kembali. Bila isteri tengok gambar yang dah siap tu, dia pelik. "Kenapa ada kosong putih kat tepi-tepi ni. boleh terima ke?". 

Saya pula kalau tanya saya, memang saya tak tahu. Jom lah kita tanya orang yang sepatutnya. Huhu.

Lupa nak beritahu. Saya send gambar anak yang saya gunakan untuk print gambar di 7e tu. Memang lari la ukuran. Di Jepun, mereka pakai 4cm x 3cm. Di Malaysia guna 5cm x 3.5cm. 

Kami pun pergi ke kedai tu semula. Tanya betul ke boleh guna gambar ni. Penjual tu kata gambar macam tu boleh la. Dia ambil muka je biasanya. 

Saya percaya. Isteri tak percaya. Kami siap hantar ke nombor whatsapp tu gambar lain yang asal. Gambar yang sebelum crop. Tapi penjual tu tetap kata tak payah buat baru dah. Gambar tu dah cukup. 

Saya pun decide untuk pergi jelah dengan gambar tu. Kita pun dah lambat ni. Takut nombor dah dipanggil tapi orang tiada. Lagipun mama dah kata dulu dia buat pun tak payah bawa gambar. Kat kaunter kan ada camera. Kalau gambar tak diterima, pakai sajalah camera di kaunter tu.

Bila kami kembali ke pejabat imigresen tu. Nombor kami telah pun di panggil. Jadi kami pergi ke kaunter nombor dan kata kami dah terlepas nombor. Pegawai tu pun berilah nombor baru.

Kena tunggu lagi.

Semasa menunggu tu. Biasalah anak, kalau angkat supaya dia berdiri, dia akan lompat-lompat. Tiba-tiba ada anak lain menangis di belakang.

Anak pula macam nak tegur budak tu. Dengan suara dia yang menyindir, "Aaaa.. Aaaa.. ". Huisyh. Dah pandai miming dah anak saya ni.

Teringat balik kisah kami melawat seorang kawan isteri ni. Dia ada anak juga. Anak dia manja sedikit dan apabila dia terlanggar meja je dia nangis. Nangis macam ngada-ngada biasalah.

Tapi anak kami pula tiba-tiba pandang dia dan tegur, "Aaaa.. Aaaa.. Aaa..". Bunyi dia macam "haa.. buat apa tu.". Anak kawan tu terus terdiam, dengar, dan dia senyum. Anak pula teruskan, "Aaaa.. Aaaa.. Aaa..". Ada ciri-ciri abang long betul.

Samalah bunyi macam sekarang ni. Cuma budak yang menangis tu tak dengar dan jauh.

Sebelum nombor kami di panggil, anak pula mula tarik2 baju isteri saya. Isteri pun kata "mesti nak susu dah ni. Tadi dia tak minum susu lagi".

Saya pun kata "tak pe. Pergilah kat hujung sana ada bilik menyusu. Bagi IC. Nanti kalau dia panggil abang bagi sajalah document." Dia rabun jauh sikit. Jadi saya yang nampak ni beritahu la kan.

Apabila nombor di panggil. Isteri masih menyusukan anak. Saya pun pergi, dan berikan semua document yang ada.

Pegawai tu tanya, "Emergency Certificate ada?". Saya kata "pegawai di airport tu dah ambil dah." sambil mencelah, "Isteri saya tengah menyusukan anak tu." Dia pun tanya pegawai lain untuk mengesahkan EC tu perlu atau tidak. Dia kembali dan minta IC kami berdua dan gambar. 

Saya tanya "gambar tu ok kan." Pegawai tu pun kata "ok."

Alhamdulillah. Dia pun kata duduklah dulu nanti kalau di panggil nombor yang sama, pergi bayar. 

Saya pun tunggu di kerusi berdekatan tempat pembayaran. Isteri kembali dengan anak yang happy. MasyaAllah. Hebat isteri saya ni. 

Bila nombor dipanggil dan habis urusan pembayaran, mereka suruh tunggu sejam dan boleh ambil passport. 

Kami pun dah lapar, jadi kami turun ke bawah untuk cari makanan. Kami pun restoran mamak.

Teh tarik dan mee goreng mamak menjadi pilihan kami. Bekal kuih dari rumah pun kami keluarkan. Saya waktu tu selera makan kurang. Mungkin demam yang kena isteri tu dah berjangkit kut. Jadi kami kongsi makanan.

Anak kami pun makan nestum dan biskut. Kalau tak ada makanan, nanti anak nak makanan kita pula.

Apabila dah cukup sejam kami tunggu berdekatan kaunter bayaran.

Hmm. Kami tunggu la mereka panggil. Nak dekat 30 minit barulah kami perasan orang yang bayar di belakang kami pun dah balik.

Silap kami lah. Anak sampai tertidur. Patutnya lepas sejam je terus pergi ke kaunter dan minta passport.

Alhamdulillah tamat sudah pengembaraan kami. Harap pembaca mendapat manfaat dari pengembaraan kami.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...