Rabu, 30 Ogos 2017

Pengembaraan membuat passport (2)

Bila dah siap re-entry VISA, kena buat passport pula.

Tapi semasa nak buat passport, kami tertinggal semua document anak.
Kami dah post ke Jepun tapi barang tak sampai-sampai.

Mungkin dia dah sampai kut Sabtu or Ahad (29/30 Julai). Tapi bila tanya Mina, tak sampai lagi.

Bila check resit pos, barang sampai Jepun pada 1 Ogos. Lambat dah ni. Sempat ke tak dari Osaka ke Shiga, dari Shiga ke rumah.

Di samping menunggu tu kami sempat untuk shopping buku, tudung, dan apa-apa barang yang tiada di Jepun. 

Bayangkan satu buku saya sempat habiskan. Pergh. 
Buku itu berjudul Kitab Sang Engineer. 
Penulis dia Farhan al-Banna berjaya menceritakan hukum-hukum seperti Newton's law dengan sifat manusia itu sendiri. 
Apabila kita belajar sains ni kadang-kadang kita terlalu fokus kepada details sampai kita lupa. Di mana tuhan?
Kita belajar sains atau apa-apa ilmu ini untuk mendekati diri dengan Allah bukan dengan ciptaannya saja. 
Itulah ilmu ciptaan barat. kosong tanpa roh sang pencipta. Ilmu yang tidak hidup apabila di baca. 





Sempat juga berkenalan dengan jiran-jiran di Kelantan. Hari-hari jumpa di surau/balaroh. Saya perasan, di surau ramai orang-orang 30 tahun ke atas. Kita perlukan orang muda. Orang muda untuk menarik lagi orang sekeliling untuk berada di dalam surau. 

Di Kelantan ada ramai orang memberi tazkirah atau kupas buku. Sayang sekali orang mudanya kurang.  

Ada seorang tu dah 40an. OKU tapi dia rajin datang. Dia kata dia tak boleh buat banyak dah. 

MasyaAllah. Teringat seorang Syeikh di Palestin. Namanya Syeikh Ahmad Yassin. Walaupun di atas kerusi, Zionis takut kepadanya. Takut kepada kata-katanya. Dia seorang pejuang dan juga pemimpin. 

Alhamdulillah. Kunci tu sampai juga pada 2hb Julai. Sehari sebelum Kak Ain berangkat. Terima kasih juga kepada Mina yang pantas mengambil kunci dan beri segala document itu kepada Kak Ain.

Nama je pos laju. Pegawai pos kata paling awal 3 hari tapi seminggu lebih juga sampai. Buat berdebar je. 

Selepas saja kami dapat document dari Kak Ain. Kami terus beli tiket kapal terbang dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Naik AirAsia je. 

Selagi lagi saya kemas beg besar. Lipat lawa-lawa baju baru dan lama. Buku-buku pun di masukkan juga. Barang penting pula di letak dalam beg galas isteri. 

Dalam beg galas tu. Ada pampers, ada pelembab, minyak yuyi, buku enjit anak, pen, baju ganti anak, beg duit.

Pada 5hb Julai. Kami pergi ke airport Kelantan. Flight kami pukul 10am. Mudahnya nak check in AirAsia. Semua pakai computer je.

Tapi tidak mudah untuk kami tinggalkan Kelantan setelah beberapa hari duduk di situ. Kampung tetapi makanan murah, surau aktif, ada kedai buku SMO. 

Keluarga mertua pun sedih meninggalkan cucu sulung. Mereka bergilir-gilir nak pegang anak sebelum flight. 

Sedih. Kami pun masuk ke pintu perlepasan. Pegawai tu minta birth certificate anak kami, dan IC kami. Nasib baik dah ada semua document. Dapat terbang dengan senang hati. Kami pun board in kapal terbang dan terbang ke KL.

Setelah kami mendarat. Keluarga mertua kata, mereka tak sampai rumah lagi. Kami balik dan rehat.

Pada 5hb jugalah kami dan keluarga saya pergi ke imigresen Putrajaya. Tapi pak guard beritahu ofis tutup hari sabtu. Kalau pejabat pendaftaran buka hari sabtu. 

Jadi kami pergilah pejabat pendaftaran untuk membuat MyKid. Ramai yang kata nak buat MyKid mesti tak lepas. Sebab borang W tiada dalam sistem. 

Tapi kami dah sampai Putrajaya, jadi kami mencuba nasib. Papa biasalah duduk dalam kereta, takut-takut polis datang nak saman.

Kami pergi ke aras 2 bahagian kad pengenalan. Kami pergi ke kaunter pertanyaan/ambil nombor. Saya kalau buat penjelasan ni banyak tak jelas. Saya lupa kata anak saya ni lahir di Jepun. Pegawai tu sikit lagi nak bagi tiket dah.

Jadi isteri saya mencelah dan menjelaskan bahawa anak kami lahir di Jepun, dan kami ingin membuat kad Mykid. Barulah pegawai tu kata kami perlu ke aras 1 ke bahagian kewarganegaraan dulu. 

Untuk adakan nama anak itu dalam sistem kena pergi ke bahagian kewarganegaraan. Ia ibarat mendaftar kewujudan di Malaysia.

Jadi kami pergi ke aras 1 dan pergi ke kaunter pertanyaan dan ambil nombor. 

Sepanjang kami menunggu, kami cuba membaca buku tapi anak sentiasa nak perhatian. Sekejap dia merangkak ke ibu (isteri) dia, sekejap dia merangkak ke baba dia (saya). Jadi kami bergilir-gilir membaca buku. Dia sejak dah boleh duduk ni, kalau kita pegang supaya dia berdiri, dia suka lembikkan kaki dan luruskan kaki. Memang ibarat melompat-lompat atas kerusi.

Dengan suara dia yang kuat tu, memang ramai orang tertarik dengan dia.

Alahai, seronoknya anakku ni. 

Bila nombor kami di panggil, kami menjelaskan semula hasrat kami. Kami nak buat MyKid tapi sebelum tu kami nak check borang W ni dah masuk dalam sistem ke belum. 

Pegawai itu sangat mesra. Dia cakap biasanya walaupun dah siap borang W di Jepun tapi process mendaftar ini akan mengambil masa. Dia kata dia boleh daftarkan di sistem. Biar dia periksa document dulu.

Birth certificate anak, surat nikah kami, IC saya, dan IC isteri saya pun di ambil. 

Lama juga dia nak periksa semua. Pukul 12pm, Tiba-tiba perut berbunyi. Pagi tadi punya sarapan dah larut dah dalam perut ni. 

Terbayang pengalaman saya semasa pergi ke pejabat JAWI dulu. Kalau tengah hari ini mereka akan membuat "macam busy". Saya cuma nak process untuk minta izin kahwin di Kelantan je. Tapi lama sangat perkhidmatan dia. Kenapalah tak beritahu dulu, urusan ini akan makan masa 1-2 jam. Kalau tak boleh lah kami keluar sekejap untuk makan bersama-sama pegawai dia. 

Tahan je perut.

Nasib baik mama saya datang di tingkat 1 tu bawa karipap, dan kuih2. Alhamdulillah rezeki, dapat alas perut. Nyum2. 


Bila fikir balik berapa kalilah kita pernah belikan makanan untuk ibubapa kita. Adakah selama ini kita menunggu je mereka masak breakfast? Mereka sentiasa berfikir bagaimana untuk memenuhi perut kita ini.

Kita dah dewasa ni juga harus memikirkan mereka. Biarlah sebuku roti or sekeping roti canai sekali pun. Mereka akan bergembira dengan makanan itu.

Bila pegawai panggil semula, dia beritahu yang dia dah check semua dan mereka dapati kesalahan dalam nama isteri saya. Ada apostrophe dalam nama dia tapi di borang W yg dibuat di Jepun tu tiada. Nama dia semua tersimpan dalam IC. Huhu. Selama ni saya memang tinggalkan apostrophe je dalam nama isteri. 

Kira isteri saya sudah ada identiti baru lah kan di Jepun. Nama tanpa apostrophe.

Pegawai pun renewlah borang W tu, kami perlu membayar RM7 untuk mencetak borang W yang baru.

Setelah itu mereka kata pergi ke aras 2 dan tanya kalau MyKid boleh di siapkan pada hari itu juga. Pegawai-pegawai ini sangat mesra walaupun kerja hari sabtu. 


Servis mereka terbaik. Kami siap tekan testimony terbaik di skrin android tu. :D

Pergi je ke kaunter pertanyaan tu. Baru je nak tanya MyKid boleh di siapkan ke hari tu. Dia terus kata pergi ke kaunter 4.

Anak menangis la pula. huhu. Dia pun dah lapar. Petanda dia lapar ialah walaupun sehebat mana saya cuba untuk dodoi dan menenangkan dia, dia akan merengek juga sambil mengeliat gitu. Penat juga lah nak berpusing sekali dengan badan dia tu.

Berat dia dah 8 kg ya. Lagi berat dari beras 5 kg.

Isteri pun simpan buku dan mengambil alih tugas melayan anak. Dia pun kata nak kena pergi ke tempat penyusuan ni. Saya pun kata pergilah tapi tinggalkan IC ya. Takut dia minta.

Firasat saya betul, pegawai tu panggil nama anak dan isteri. Tapi selepas menjelaskan mereka pergi ke bilik penyusuan, dan tunjuk IC. 

Dia beri MyKid anak saya. Pegawai tu sambil teruja kata "wah awak ni kerja di Jepun ke?". Saya pula sambil tersengih kata "Belajar di Jepun je."

Agaknya rare case agaknya anak yang lahir di luar negara yang berjaya buat Mykid.

Bila isteri pulang dari penyusuan. Anak pun dah lena dalam dakapan. 
Hebat isteri saya ni jaga anak.

Tinggal kita nak solat zuhur dan isikan perut pula. Esok nak buat passport pula.

Kalau tak buat esok ni bila pula nak mengemas rumah. Sabtu minggu ni nak buat kenduri aqiqah.

to be continue

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...