Semasa buat passport, ada juga halangan/ujian kecil. Tak cukup document, Bagaimana nak jaga anak dalam flight.
Walaubagaimanapun Kami juga berjaya membuat passport dan mykid.
Kebanyakan orang yang kami tanya, semua kata apabila nak buat mykid,
"birth certificate anak tuan tiada dalam sistem"
Ada cara-cara dia untuk adakan dalam sistem. Sebab kami berjaya dapat mykid dulu baru dapat passport.
Setelah 1 tahun lebih kami di sini, berjaya juga kami asingkan duit simpanan demi untuk balik Malaysia. Saya dapat biasiswa yg cover yuran je. Jadi tak dapat balik selalu.
Demi anak ku. Ku gigihkan balik ke Malaysia buat passport.
Kami memang teruja sangat nak balik Malaysia. Setahun lebih tak balik Malaysia sebab isteri, walaupun bergraduan di University tempatan, dia telah melahirkan selamat anak di Jepun.
Mungkin next entry boleh mengenai pengembaraan melahirkan anak di Jepun. :)
Pada 21hb Julai 2017, Anak dah 6 bulan. Dia dah boleh duduk. Wah skill baru. Hari itu ialah sehari sebelum terbang ke Malaysia. Nak jumpa atuk dan nenek dah boleh duduk dah.
Pengembaraan ke Malaysia ini ialah sebulan saja. Dah buat kira-kira, kalau lebih sebulan, memang bankrupt la saya.
Saya juga kerja part-time di University, kalau datang dapatlah gaji. Kira nak suruh saya bawa anda jalan-jalan di Jepun. Sehari dua bolehlah. :)
Kami sangat teruja nak balik Malaysia sebab ini adalah pertama kali saya balik Malaysia dari Jepun dengan isteri dan anak. Oleh kerana kali pertama, adalah sedikit kelam kabut dalam pengembaraan kami ini.
Birth Certificate dan Emergency Certificate pun siap seminggu sebelum flight.
Pada 21hb July kami perlu berkemas. Mengikut cadangan asal, kami akan kosongkan peti ais dan tutup elektrik selama sebulan.
Kami berjaya untuk kosongkan sayur dan daging saja. Pes-pes yg perlukan penyejukkan masih ada. Tidak apalah. Asalkan barang di dalamnya dah dikurangkan. Untuk kurangkan bil peti ais, barang-barang harus di susun supaya mempunyai pengaliran udara yg sempurna.
Kami pun decide untuk biarkan peti ais untuk beroperasi selama sebulan.
Ikut cadangan juga, saya kemas beg, isteri kemas rumah. Untuk document isteri pun kemas. Saya cuma bantu2 saja.
Kalau kemas beg ni, isteri puji saya pandai susun baju. Saya akan gulung setiap baju dan susun lawa-lawa supaya dapat optimize pengunaan ruang beg.
Oleh kerana kami naik AirAsia, beg bawa dalam kabin kena kurang dari 7 kg. Jadi saya akan cuba terbaik saya untuk kurangkan baju bawa balik. :)
Pak Utih kata Suami memimpin, Isteri mengurus. Hmm. Jadi saya hanya susun masa, isteri saya akan cuba untuk mengikut masa kita.
Suami list benda or task. Isteri akan cuba buat setiap satu secara tersusun. Jadi kalau ikutkan isteri saya ikut je apa yang saya plan. Alhamdulillah.
Ikut plan, minggu pertama dan kedua lepas siapkan passport, pergi kelantan dulu.
Nak urut2 ke, jumpa saudara mara ke, makan-makan ke.
Minggu ketiga kemas2 rumah di kl buat Aqiqah.
Minggu keempat jumpa nenek di Singapura. Penuh dah jadual. :)
Pada 22hb July, hari yg di tunggu-tunggukan. Pagi tu saya check semua barang. Hari ini lepas asar, kawan akan datang ke rumah kami dan hantar kami ke stesen kereta api.
Check passport - ada.
Check email ticket flight - ada.
Check beg baju - dah siap pack. (berus gigi, tuala)
Check barang orang tempah - ada.
Tapi ada benda yg kami lupa. Paling penting. Nantikan. Kami pun tak sedar.
Hasilnya, 1 beg tarik besar 20kg, 1 beg tarik kecil 5kg, 2 beg galas. Kami tak bawa stroller. Kami pakai baby carrier je. Takut tak cukup tangan.
Flight ke Malaysia kami pukul 10 malam. Sebelum flight kena airport sampai 3 jam sebelum. Rumah kami ke airport pula 2 jam setgh. Jadi kami lepas asar, kami pun bergegas ke stesen kereta api untuk ke airport.
Nasib baik ada kawan tolong hantar sampai kereta api. Mudah sikit perjalanan.
Alhamdulillah, dalam kereta api kami dapat duduk. Saya pun lepaskan anak saya dari baby carrier. Anak saya suka sangat melompat-lompat sampai orang Jepun di sekeliling semua suka tengok dia.
Sampai saja di airport dalam pukul 7pm. Kami mula bergegas untuk check in. Kalau nak naik AirAsia di Jepun ni datanglah awal-awal. Sebab check in di Jepun ni. dia akan ambil masa lama. Jadi panjang kena beratur kalau lambat.
Semasa cop passport, anak kami saja yang guna re-entry VISA. Kami guna passport macam biasa.
Kami beli sedikit bekalan dan board dalam kapal terbang. Airasia punya makanan mahal juga. Kalau boleh dapat yg murah bawa je la kn.
Selepas masuk dalam kapal terbang.Orang sebelah ada pakcik/mamak india. Boraklah sikit2.
Kami sangat risaukan bagaimana anak kami ni. Alhamdulillah sebelum terbang dia dah tidur.
Hampir sepanjang jalan dia tidur. Saya pula cuba tidur. Cuma masa dia berak aje lah. Saya pergi ke toilet dan tukar lampin. Mamak sebelah tu tanya dengan isteri, dia boleh handle ke tukar lampin baby. Huhu.
Tulah dalam kapal terbang mencabar nak tukar lampin baby. Kapal terbang bergerak, dia bergerak. Memang sampai ke diding jugalah dia bergerak. Kita pula nak ikut rentak dia semasa pakai lampin seluar tu. Nasib lah anak.
Tahi terkena tangan sikit. Nasib baik ada air dan tisu dalam tandas tu.
Alhamdulillah siap tukar lampin.
Pada 23hb July. Kami mendarat awal di Malaysia. Di jangka sampai pukul 4 am tapi sampai awal. Semasa di imigresen, kami perlu pergi ke ofis untuk mengesahkan Emergency Certificate.
Pada 3:30am, pegawai imigresen ambil IC saya dan EC anak saya. Nak dekat 20 minit juga tunggu. Dia bagi kami satu surat diraja. Pegawai juga ambil EC tu. Dan passport kami berdua pun di cop di situ juga.
Alhamdulillah dah selamat lepas imigresen dan pulang ke rumah.
Bila buka beg dan periksa document untuk buat passport. kami baru perasan, kami tertinggal Birth Certificate atau borang W di Jepun.
MasyaAllah. Sekarang anak tiada apa-apa document yang boleh mengesahkan diri dia. Kalau apa-apa jadi, anak di kira illegal citizen.
Nak naik kapal terbang tak boleh.
Nak keluar Malaysia tak boleh.
Nak buat mykid tak boleh.
Bila berbincang dengan isteri, kita tanya dulu imigresen boleh tak buat passport tanpa borang W. Bila call JPN, dia kata boleh buat semula borang W di Putrajaya tapi ambil masa seminggu untuk siap.
Aduh. Kalau buat borang W ni ambil masa dan duit untuk pergi putrajaya lagi. Lepas seminggu kena pergi lagi.
Jadi saya suruh tanya isteri untuk tanya warga Shiga, siapa yang akan balik ke Malaysia.
Alhamdulillah, ada Kak Ain, dia dah confirm grad Phd dia. Jadi dia mahu pulang sementara menunggu hari graduasi. Dia akan pulang 3hb Julai. Tapi rumah kami berkunci di sana. Dan kunci rumah xde spare yang kami beri kepada sesiapa.
Memang silap la.
Jadi untuk hari yang sepatutnya kami pergi ke Putrajaya untuk buat passport. Kami pergi ke Terminal Bersatu Selatan untuk Pos kunci kami ini. Alang-alang boleh beli sekali tiket balik ke Kelantan untuk keesokkan harinya.
Alhamdulillah kami tak beli lagi tiket kapal terbang ke Kelantan awal-awal. Patutlah rasa berat je nak beli tiket. Kalau tak memang burn la tiket tu. Anak tiada document untuk naik kapal terbang.
Bila nak pos tu, pegawai POS tu tanya, nak buat kunci pendua ke sebelum hantar. Takut juga kalau hilang atau rosak di tengah jalan. Bila tanya di TBS tu ada orang buat kunci ke. Pegawai tu cakap tiada.
Hmm. Kita memang kena tawakal la sekarang. Nanti kalau pos lambat nanti lambat sampai pula.
Lepas pos. Kami pun pulang ke Kelantan.
Balik je ke kelantan, mama mertua ambil cuti seminggu untuk bersama dengan anak kami. Selama anak berada di Kelantan dia di layan macam raja.
Kalau kat Jepun ni dia tidur 3 kali je. Tapi kat Kelantan 5 kali kut bangun tidur bangun tidur. MasyaAllah.
Isteri pun dapat berurut untuk betulkan urat selepas bersalin.
Saya pula dapat beli dan baca buku. Di kelantan ada satu kedai buku namanya SMO. Buku yang terjual di situ susah nak didapati di kedai buku selain IMANSHOPPE etc.
Pada masa yang sama, tak tenang kami di buatnya bila tanya Mina, barang tak sampai-sampai.
To be continue
Tiada ulasan:
Catat Ulasan