Isnin, 12 April 2010

Mimpi buruk..

Ahad, April 11 2010, 8:13am hari ini sungguh menakutkan, saya mengalami kemalangan di kawasan perkampungan. Saya boleh ingat hampir ke semuanya. Pada mulanya saya disuruh untuk memandu, menghala ke mana saya tidak pasti. Kereta berwarna merah, Honda Accord. Pada saat saya mencuba untuk mara kehadapan kereta itu menghadapi masalah untuk berhenti. Dah mula perasan ada benda yang tidak kena dengan kereta itu. Dengan perasan yang risau saya cuba untuk mengundur, dan mencuba untuk brake. Ternyata brake itu boleh digunakan.

Tapi ini bukan masalahnya yang sebenar, kemalangan itu terjadi apabila saya memandu laju apabila di selekoh. Terlalu asyik layan corner baring, sampai satu selekoh, kereta saya sampai boleh buat drift. Saya berasa lega kerana tidak jatuh ke dalam gaung. Selepas itu saya sampai satu lagi selekoh, selekoh ini merupakan satu bentuk U-turn. Saya tidak dapat menyedari bahawa itu ialah selekoh U-turn, tanpa saya takut, saya memberanikan diri untuk mengikuti kelajuan yang sama seperti selekoh yang sebelum itu. Ternyata kereta saya terbabas dari jalan raya dan jatuh dalam gaung. Namun saya bernasib baik kerana kesemua penumpang masih bernyawa. Kami pulang ke rumah.
Sampai sini lah baru saya menyedari bahawa saya tidak cedera teruk. Saya mula merasa ragu-ragu. Penumpang(sedara, abang ngah) pula menyuruh saya untuk menutup semua kemalangan itu dengan menipu. Pada saat itu, saya masih ingat pemilik kereta Honda itu juga merupakan mak saya tidak meragui apa-apa pun tentang hal keretanya. Saya cuba berbincang dengan penumpang saya (ada dua orang). Orang yang pertama pada masa itu sedang berbaring di atas katilnya sambil memegang hand phone. “Weyh kau rasa aku patut beritahu ke mak aku yang kereta itu dah jatuh gaung”kata aku kehairanan. Dia lantas menjawap,”tidak perlu la kau berbuat bergitu”.
Masa itu saya teringat balik apa yang telah terjadi pada kawan ayah aku yang juga pernah jatuh gaung dan dia juga tidak memberitahu dengan company nya. Ayah aku memarahi tindakan yang bodohnya seperti itu. Masalahnya kereta company kan, mesti lah kena beritahu company selepas kemalangan itu. Selepas mengingati peristiwa itu. Saya berkata kepada diri sendiri, “tidak bodoh ke aku ini untuk menutup perbuatan aku yang ternyata salah ni?”. Aku berasa berat hati untuk menyimpan beban ini dan bertanya pada penumpang yang kedua. “abang rasa kita tidak perlu cakap yang benar ke?” dan menambah lagi “kita kena berbincang ni bertiga untuk beritahu mak” kata aku kepada abang ngah. Abang ngah mengiakan saja dan kami bertiga berkumpul untuk memberitahu mak.
“Mama kami ada perngakuan nak buat”kata aku bagi memulakan perbualan itu. Aku pun berbisik dengan abang ngah, “Siapa yang nak cakap ni?”. Abang ngah menyuruh aku sahaja untuk cakap. Aku meneruskan perbualan itu, “kami nak cakap pasal kereta Honda mama tu”. “Semalam…”dengan teragak-agak, abang ngah terus menyambung, “kitorang di tahan kereta dengan Polis semalam”. Mak pun berkata, “Tidak apa lah macam itu korang pun bukan nya tiada lesen.”

Saya menyedari bahawa abang ngah bukan abang ngah sebenar. Abang ngah terkenal dengan personaliti yang bercakap benar dan fasih dalam berbahasa Arab. Dalam otak saya berfikir bahawa dia ialah syaitan. Barulah saya menyedari saya bermimpi rupanya. Sedar je dari mimpi sudah pukul 8am. Ini lah rupanya mimpi mainan syaitan. Mengajar untuk menipu dalam mimpi.

1 ulasan:

amrh.anth berkata...

fuiyohh dah power buat karangan huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...