Selasa, 22 November 2011

Masa hadapan

Mimpi
Hari ini saya bermimpi,
Cuaca yang terang, bersama awan yang terapung di udara. Panas pun tidak sejuk pun tidak. Bangunan juga tinggi yg di kelilingi oleh pokok hijau.
Jalan raya juga masih lengang dan di situ lah aku memandu. Tiba di satu sudut bersebelahan monorail terdapat satu parking kosong, dan aku terus meletakkan kereta di situ.
Ketika itu aku ingat aku membawa beg james bond dan berpakaian baju kerja.
"aku sudah di alam pekerjaan rupanya" bercakap di depan cermin sambil membetulkan rambutku yang tercacak seperti landak. Baru balik dari Jepun, rambut pun mesti ikut trend di sana.
Aku keluar dari kereta ku, Menuju ke monorail utk menuju ke tempat kerja. Di tepi jalan, seorang Pak cik dengan payung jualannya tersenyum saja.
Hati ku terdetik, "hari-hari yang cerah pun ada orang nk beli payung ke.. Hehe" dan terus melangkah kehadapan.
Tiba-tiba langkah ku terhenti apabila terdengar bunyi helicopter lalu. Aku terpaku seketika, canggih juga helicopter zaman ini. Tapi yang lebih mencurigakan kenapa helicopter itu bertiga-tiga dengan pantas bergerak ke arah menara klcc.
Apabila aku mengalihkan permandangan ke hadapan. Helicopter itu berubah bentuk menjadi satu mesin dalam cerita "Matrix" dan menghala ke arah keretaku. "Strenggg" dalam sekelip mata bumbung kereta di potong robot itu. Aku kejar ke arah kereta ku sambil mengutip batu dan melempar kan batu ke arah robot itu. Belum sempat batu tu mengena robot itu, robot itu telah mencerobohi kereta ku dan mengambil barang elektronik yang dapat di capai.
"kereta aku da la pintu rosak.."
Ku tengok sekeliling ramai lagi barang elektronik di rentap atau di tarik oleh robot2 ni.
Tiba2 robot itu datang mengejar aku. Baru aku teringat iphone aku x off.
Lalu aku lari sambil off kan iphone ku. Aku dapat perhatikan robot itu menjadi seolah-olah buta dan berhenti mengejar aku.
Aku terfikir sejenak, kalau robot2 ini serang semua orang di Malaysia ini. Terpaksa lah hidup tanpa barang-barang elektronik.
Bersambung.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Jumaat, 4 November 2011

Apabila boring seigyou



Ini kah yg dikatakan musim melukis? Hehe
X taw la.. Mari berkarya
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...