Isnin, 25 September 2017

Pengembaraan ke Warsaw, Poland

Baru-baru ini saya baru saja pulang dari Poland. Balik saja biasalah kena adjust diri sendiri dulu. Menulis juga perlu ada mood.

Lagi-lagi saya perasan saya mempunyai tanggungjawap yg agak banyak.

Saya perasan ini apabila ada orang Jepun tu kata, Wah busynya awak dan dah gemuk sikit ya lepas balik Malaysia.

Saya perlu jaga business bento isteri, jaga isteri, jaga kewangan, pastikan surau buka setiap hari, pastikan ilmu PhD saya releven dengan baca journal, jadi anak yg baik, improve diri sendiri dengan baca buku.

Apa-apa pun jom kita mengembara ke Poland. Sambil tu saya akan beri juga tips2 bagaimana mengurangkan masalah ketika mengembara dengan Supervisor Jepun. Supervisor Jepun suka beer wo. Macam mana saya mengembara? Jom.




Selepas cari dekat google, kapal terbang Finair je yg paling murah. Jadi saya ambil Finair je. Penerbangan ambil masa 10 jam dari Osaka ke Finland. Dari Finland ke Warsaw pula 2 jam.

Satu masalahnya ialah beza masa Finland dan Osaka ialah 6 jam. Banyak perbezaan tu.

Jadi kalau ikut jam local Osaka dan Finland, masa di ambil untuk ke Finland dari Osaka ialah 4 jam. Dari Finland ke Osaka 16 jam. Orang yg tak biasa travel, memang akan rasa jetlag kalau tak biasa.

Alhamdulillah perasaan jetlag saya rasai tu tak teruk sangat. Nak tahu tipsnya?

Tipsnya ialah planning dan mindset. Sebelum memulakan perjalanan. Saya catat semua bila gerak, bila sampai. Dalam tiket sudah tercatat bila gerak dan sampai. Tulis dalam google calender. Pening dengan jam? Hebatnya google calender ni saya set je time arrival yg ditulis dalam tiket. Lepas tu ubah setting masa kepada Eastern European Summer Time.

Nak tahu secara details? Kena comment "Saya mahu tips setting google calender".

Bila dah boleh nampak dengan mudah. Ubah masa jam tangan ke masa Finland. Kalau ikut jam Finland, saya kena dapatkan rehat secukupnya di Jepun. Walaupun dekat Jepun, di luar sudah terang, saya kena anggap masa masih awal.

Jadi dalam train ke Osaka, saya tidur sebanyak yg boleh. Dalam kapal terbang ke Finland saya patut berusaha untuk tidak tidur. Anggap hari masih siang.

Ini ialah perjalanan saya dalam calender google. Dia akan automatic sync mengikut jam handphone.






Ini ialah perjalanan saya.
Jika lihat dalam waktu Jepun, saya berada di atas awan dari jam 1045 hingga 2055.
Tapi jika lihat dalam waktu Finland, saya berada di atas awan dari jam 455 hingga 1455.

Semasa perjalanan, saya pasang semua movie yang ada. Saya cuba juga baca buku Sentuhan al Akh. Mengantuk pula jadinya. Bila waktu solat, saya pergi ke tandas ambil wudu'.

Tips untuk mengelakkan banjir dalam toilet, saya menyarankan anda memakai khuf/stokin kuli. Tidak perlu angkat kaki untuk basuh kaki, hanya perlu ratakan air di atas khuf itu saja.

Alhamdulillah, makanan bukannya masalah. Finair menyediakan makanan halal.

Sampai saja di Finland, keluar saja dari kapal terbang, supervisor pun dah tunggu di depan. Jadi sepanjang menunggu flight ke Warsaw, kami jalan bersama. 3 jam lebih nak kena tunggu sebelum board in flight. Supervisor Jepun suka minum beer.

Tips untuk berjalan dengan Supervisor Jepun ialah sentiasa membawa air mineral dalam beg. Air tak menjadi masalah sebab saya sentiasa membawa botol air kosong dalam beg saya . Sebelum naik atau turun saya top up dengan water cooler di airport atau air yg orang kapal terbang tu beri.

Jadi semasa kami jalan-jalan, kami pun berhenti di satu kedai makan. Dia biasalah beli minuman beer. Satu kelakuan pelik ialah apabila dia membuang buku kedalam tong sampah sebelum dia beli beer.
Dalam hati kata, "Dapat point nak borak dengan supervisor ni." Apabila dia sedang membeli. Saya pula cari internet. Alhamdulillah ada internet free di airport Helsinki ini. Jadi saya ambil masa untuk call isteri dan keluarga.
Apabila supervisor di depan, dia tengok saja. Lepas habis call dia tanya, "call guna line apa tu?"

Saya: Guna whatsapp je, sini ada internet free. Lagipun sekarang waktu isteri saya nak tidur dengan anak.
Supervisor : Oh saya tak guna whatsapp. Mesti keluarga saya dah tidur ni.
Nak ambil hati dia, saya tanya perihal keluarga dia. Kami sampai saling tunjuk gambar anak-anak. Ini kes rare, alhamdulillah saya dapat supervisor yg family-oriented.

Sampailah saya tanya soalan "Eh, tadi sensei buang buku kan."
Supervisor : Aah, saya tersilap beli buku. Title dia macam best. Tapi isi dia merapu je. Kat luar tulis perbezaan budaya America. Dalam tulis tentang perbezaan slang Amerika dengan British. Pastu ada lawak la. Dia siap explain lawak dia. Bila baca explaination dia saya mengia je la, tak rasa lawak pun.
Saya: Nak faham satu language ni tak cukup pada tatabahasa kan, kena faham budaya juga.

Sampailah satu part saya kata, "Sensei tak tulis buku ke?"
Supervisor : kalau tulis buku pun dah ramai tulis buku power electronics.
Saya pula beritahu interest atau passion saya tentang menulis. "Saya ada baca satu buku ni. Dia kalau nak tulis, yang paling mahal sekali ialah pengalaman. Lagi-lagi kalau pengalaman itu merupakan penyebab perubahan berlaku dalam diri kita."
Supervisor : Tak tahulah. Kalau nak tulis pasal pengalaman, saya pun tak tahu apa yg saya buat ini terbaik atau tidak.
Saya : Tapi Sensei, bukan semua orang boleh jadi Associate Professor di Ritsumeikan ni. Mungkin pengalaman Sensei boleh membantu lagi ramai orang Jepun yang nak masuk bidang academic ini.
Supervisor : Dulu saya pun masa muda, saya ada rasa nak ubah something. Tapi lepas masuk bidang pekerjaan ini. Saya ikut flow je. Masing-masing mempunyai dugaan hidup yang berbeza, jadi cara yang terbaik pun ikut keadaan semasa. Kalau dalam community sensei ini, lebih baik duduk kat tengah-tengah. Tidak membuat wave atau tidak ketinggalan.
Saya : Kalau tengok, ramai je nak masuk Lab sensei. Asalkan tulis mengenai sesuatu yg menjadi penyebab perubahan berlaku dalam diri kita.

Ia itulah tips yang menguatkan saya untuk memulakan penulisan pengembaraan ini. Cara perkara dan share kepada orang. Setiap cara kita buat untuk mengatasi perasaan pelik atau sesuatu kesusahan itu akan mewarnai penceritaan kita. Yang pasti, kita perlu peka dengan emosi sekeliling dan diri sendiri.

Lepas borak-borak, kami perasan, lagi 30 minit akan board in flight. Jadi saya mengutuskan, saya nak jalan sekejap ambil gambar sekeliling. Walhal, saya ingin ambil wudu'. Dalam flight nak solat. 

Inilah perjalanan saya dalam google calender.



Walaupun flight pukul 1725. Tapi di Jepun sudah 0100. Jadi selepas saya solat magrib dan isha, Dalam perjalanan mata tu memang berat. Alhamdulillah dapat duduk tepi tingkap. Memang sekali sandar terus pengsan. Tahu2 dah sampai Warsaw.

Nak tahu apa jadi di Warsaw? Nantikan.
To be continue..




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...