Isnin, 25 September 2017

Pengembaraan ke Warsaw, Poland

Baru-baru ini saya baru saja pulang dari Poland. Balik saja biasalah kena adjust diri sendiri dulu. Menulis juga perlu ada mood.

Lagi-lagi saya perasan saya mempunyai tanggungjawap yg agak banyak.

Saya perasan ini apabila ada orang Jepun tu kata, Wah busynya awak dan dah gemuk sikit ya lepas balik Malaysia.

Saya perlu jaga business bento isteri, jaga isteri, jaga kewangan, pastikan surau buka setiap hari, pastikan ilmu PhD saya releven dengan baca journal, jadi anak yg baik, improve diri sendiri dengan baca buku.

Apa-apa pun jom kita mengembara ke Poland. Sambil tu saya akan beri juga tips2 bagaimana mengurangkan masalah ketika mengembara dengan Supervisor Jepun. Supervisor Jepun suka beer wo. Macam mana saya mengembara? Jom.


Sabtu, 2 September 2017

Pengembaraan membuat passport (3)

Bila dah siap MyKid, kena buat passport pula. 

Semasa buat passport, ada juga halangan/ujian kecil.

Rumah belum habis kemas lagi nak aqiqah. Esok atuk dan mak cik sekeluarga nak datang dari Singapore.

Selepas buat MyKid, petang tu sempat sapu dan mop lantai. Penat jugalah. Rumah pun luas. Yang paling susah tu bawah meja dan almari. Kena tunduk.

Kebersihan tu pun sebahagian dari iman. Dapat pahala.

Mungkin sebab tu kut. Isteri badan panas sangat semalam. Pada malam hari siap MyKid tu, semasa sedang tidur. Terkejut saya dibuatnya bila lengan terkena lengan isteri. Mula-mula ingat mimpi, tidur semula. Tapi bila dua tiga kali rasa panas bila tersentuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...