Jumaat, 25 Ogos 2017

Pengembaraan membuat Emergency Certificate dan Birth Certificate

Assalamualaikum, Wahai warga Malaysia yang sudah ada anak. Mesti ada persoalan yg timbul selepas anak lahir di Jepun.
Nak daftar Birth Certificate bagaimana?
Nak buat passport ke EC?
Kalau buat passport ambil masa maximum 3 bulan.
Kalau nak buat EC, bagaimana membuat EC?
Perlu duduk di Tokyo berapa lama untuk buat EC dan BC?

Cerita di City Hall, Hospital, dan Immigration tu cerita lain kali la ye. Hari ini saya akan berkongsi cerita kami di Embassy.

Bagaimana kami berjaya membuat Emergency Certificate (EC) dan Birth Certificate (BC) serentak, tanpa perlu pergi dua tiga kali.

Nak photostate or ambil gambar bayi di kawasan Embassy tu susah tu. Kalau tak cukup document lagi kena balik rumah, pergi city hall etc.

Langkah #1 Pastikan document cukup.

Kalau tanya orang embassy mereka akan kata rujuk saja website mereka. Hmm.. Rasa tak cukup sebab yang jaga email ini bukan orang yang pakar. Jadi kami rasa sangat berterima kasih rakan-rakan di group facebook Srikandi Bumi Sakura dan website amirnishinihon. Mereka telah menulis semua document yg diperlukan untuk membuat EC dan BC.

Yang dah beristeri wajib join Srikandi Bumi Sakura tau! Lagi bagus buat kawan dengan members dalam tu. Boleh terus tanya orang yg dah berpengalaman.

Untuk document-document BC and EC, mesti bawa original document juga tau. Original document ialah
1. passport ayah dan ibu (+3 photocopy untuk ayah dan ibu)
2. birth certificate ayah dan ibu (+3 photocopy untuk ayah dan ibu)
Ini penting. Kami pun apabila kawan-kawan Srikandi Bumi Sakura kata birth certificate ayah dan ibu original itu wajib. Memang kami pun cemas buat seketika. Sebab Birth certificate kami berdua ada di Malaysia.
Jadi Kami contact la parent masing-masing suruh pos laju birth certificate. Alhamdulillah. Seminggu lepas pos sampai. Silap kami juga tak check awal-awal.
3. IC Malaysia ayah dan ibu (+3 photocopy untuk ayah dan ibu)
4. Resident card anak, ayah, dan ibu (+3 photocopy untuk anak, ayah, dan ibu)
5. Sijil nikah (+4 photocopy) - jawi pun tidak ada masalah.
Sijil nikah ni memang kena ada, kami nak buat resident card pun perlu sijil nikah.
6. Bukti Tiket flight (print 3 terus)
Dah check semua ada, jom pergi city hall pula. Kalau pergi city hall/shiyakusho, minta 1 original document setiap satu. Document ini sah untuk 3 bulan saja taw.
7. Juuminhyo (+4 photocopy untuk ayah) - saja bawa photocopy lebih.
8. Juurishoumeisho/certificate of acceptance of report of birth (+1 photocopy untuk bayi)
9. A3 Shusseitodoke/certificate of birth (+1 A4 photocopy untuk bayi)
Semua photocopy perlu dalam size A4. Hati-hati, sebab Shusseitodoke ni size dia A3.
Akhir sekali,
10. Gambar (6 keping untuk bayi size 5 cm x 3.5 cm)
Background belakang mesti putih.

Memang pelik sikit saiz gambar dia. Kalau pergi 7e ke photobox biasa ada size 5cm x 5cm, 4.5cm x 3.5cm. Kesimpulannya, 5 cm x 3.5 cm hanya boleh dibuat di studio.


Kami buat di Kamera no kitamura. Banyak cawangan dia di Jepun ni.


Syarat itu gambar diterima ialah seperti dalam gambar di atas. Maaflah ambil gambar tak cantik, penat berlari ke embassy sampai tak perasan gambar tak lawa.

Point dia, Mata kena buka. Kadang2 ada kanak2 yg mata separuh buka. tak lepas. Kalau pergi studio gambar, memang mereka akan rangsang bayi sampai tengok camera. Nanti kedai akan bagi Raw file yg dia background biru dlm cd. Background biru ni dia mask guna software dia, jadi putih.

Bila sudah ada semua document ni. Untuk memudahkan orang yg embassy, sila susun ikut urutan dalam site Embassy ini.

Kalau susun betul2. Dia sangat baik. Hari tu kami tak photostate resident card. kak Jepun tu tolong photostate kan. Agaknya nampak kami kelang-kabut gitu bawa anak. Kami pun hampir lambat sampai embassy. Berlari-lari juga. Sampai 1140pm. 20 minit sebelum tutup.

Langkah #2 Email kepada embassy

Apabila sudah cukup, email kepada embassy yg kita mahu buat EC untuk anak. Termasuk bila balik Malaysia.

Kak Jepun yang jaga kaunter tu tanya, ada tak print out email kepada embassy? Kami tak print pula email tu. Nasib baik boleh tunjuk guna smartphone saja. Alhamdulillah lepas. Kalau habis battery dan nak charge phone. Boleh pergi makan di Gusto, Shibuya. Mereka bagi tempat charge bawah kerusi.

Langkah #3 Plan perjalanan

Kita mesti sampai ke Embassy awal. Ofis tutup pukul 12pm. hati2 ya. Datang awal lagi mudah kalau jadi apa2. Pastikan kalau naik train, plan route yg mudah.

Alhamdulillah, kami pergi Tokyo ni naik kereta. Cuma Parking kat tokyo ni mahal sikit.
6 jam perjalanan, anak ada lah meragam sikit2. Biasalah anak kecil. Tak selesa duduk dalam child seat. Selepas park tempat yg murah. 600 yen juga sehari.

Kami naik train untuk jalan Tokyo. Mesti kita nak jalan2 kan dekat Tokyo lepas buat EC. Oleh kerana anak kami kecil lagi, kami bawa bayi dalam carrier je. Di Tokyo ni kena banyak jalan-jalan dan tukar-tukar train, jadi kalau bawa stroller, memang lambat la nak bergerak, tunggu lift, turun tangga.

Mindset kena betul nak pergi Embassy ni. Sebab jalan dekat Embassy tu berbukit-bukit. Pastikan bawa air secukupnya. Lagi-lagi musim panas ni. Station terdekat ialah Shinsen. Keio Inokashira Line. Jalan 10 minit ke Embassy.



Embassy ni juga dekat dengan Shibuya, jadi lepas selesai urusan, boleh la jalan2. Kami sempat beli souvenir untuk bawa balik Malaysia.

Tak tahu macam mana nak naik train? Pakai google maps je.

Bila selesai, dia akan beri satu resit bila untuk ambil document. Biasanya dia tulis sila datang keesokkan hari, pukul 3pm - 4pm.

Lepas dapat EC, boleh la buat document re-entry visa/Sainyukoku untuk anak. Nanti anak lepas balik Malaysia tapi tak dapat masuk Jepun pula.

Selamat mencuba. :)

4 ulasan:

safwa_khairul berkata...

Assalamualaikum. Nak tanya, skrg mmg kena email pada embassy dulu ke sebelum dtg ke embassy utk urusan BC & EC?

Muhammad Hazarul berkata...

@safwa_khairul Ya. Mesti email dulu kenapa perlukan emergency certificate.

mardhotillah berkata...

Berapa ye kena byr?

Muhammad Hazarul berkata...

@mardhotillah RM50

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...