Sabtu, 18 Mac 2017

Muqadimmah Fi Zilalil Quran 1

Manusia ini mulia. Mengapa kita mulia? Jom kita kupaskan isu ini.

Dari catatan daripada bacaan dan perbincangan Muqadimmah Fi Zilal 1.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.

Bagaimana usia seseorang dapat mendapat berkat sedangkan 
semua manusia mempunyai 24 jam?

Saya dapat rasakan Al-Quran ini dari perspektif dia.

Fi Zilalil Quran 1


Muqadimmah Fi Zilalil Quran

Hebatnya Al-Quran mampu membersihkan usia

Hebatnya Al-Quran mampu memberkatkan usia

Hebatnya Al-Quran mampu memmuliakan usia.

Bagaimana? Baca seterusnya.



Kita bincang dulu mengenai bagaimana al-quran itu membersihkan usia

Muqadimmah Fi Zilalil Quran 1
Sebelum sesuatu itu bersih, mestilah dia kotor.

Sebab itu point seterusnya tulis mengenai bagaimana manusia telah jatuh dalam kekotoran ini.

Kotor ini ialah Jahiliyyah. Bersih ini ialah Islam. Jadi apabila islam memasuki hati kita, memang bersih la hati kita. 

Ilmu, pemikiran, pemahaman, minat & cita-cita Jahiliyyah ini memang setiap zaman ada. 

Muqadimmah Fi Zilalil Quran 1

Apabila seseorang itu mempunyai Jahiliyyah ini. Pemikiran, ilmu, minat mereka sangat singkat jika nak dibandingkan dengan seseorang yang sudah dimasukkan islam kedalam hati dia. 

Sama seperti kanak-kanak yang hanya nampak apa disekeliling mereka. 
Orang Jahiliyyah hanya membuat sesuatu yang hanya berputar di sekeliling diri sendiri

Fi Zilalil Quran 1

Mereka tidak menambah apa-apa pun ke dunia. Mereka kalau mati pun ibarat lebihan sahaja di dunia ini. 

Orang barat dia ada sifat yang kalau dia buat kebaikan kepada orang lain, 
kebaikan itu akan kembali kepada diri sendiri.

Pemandu kereta bagi penjalan kaki lintas jalan supaya agar dia boleh lintas jalan dengan senangnya. 

Kalau orang duduk Jepun ni,
selalu bermain dengan patung2 sambung. GUNDAM.
hiburan berlebih-lebihan pergi USJ, Disney Land banyak kali.

Tapi tak salah kalau niat dia untuk merapatkan ukhuwah. Tapi kalau ada cara lain yg lebih murah?


Adakah kita tergolong dalam golongan ini? Mari kita fikirkan.

Muqadimmah Fi Zilalil Quran

Apabila tiada keberkatan ini ada dalam diri.

Kita akan rasa dalam 24 jam itu sekejap saja berlalu.
Kita akan rasa susah untuk memahami ilmu.
Kita akan rasa kerja menjadi sangat berat.
Kita akan buat benda yang sia-sia seperti kitaran bodoh tadi.

Fi Zilalil Quran 1

Analoginya ialah apabila kita melihat buah-buahan.
Setiap buah-buahan mempunyai zat yang berbeza.
Jika ada keberkatan dalam diri seseorang.
Dia boleh buat pelbagai benda dalam masa yang singkat.


Fi Zilalil Quran 1

Apabila hati sudah bersih, orang beriman akan rasa hidupnya akan berkat.
Orang beriman tidak akan membuat perkara yang
melalaikan dia dari tanggungjawap dia kepada Allah dan Manusia.

Adakah kita tergolong dalam golongan ini? Mari kita fikirkan.

Muqadimmah Fi Zilalil Quran

Pernahkah kita rasa diri ini tidak mulia?

Apabila kita tidak rasa kita ini dimuliakan oleh Allah. 

Fi Zilalil Quran 1
Kita akan mengejar benda-benda keduniaan. 
Kita akan merasa bangga dengan pangkat dan nama.
Kita akan mengikuti hawa nafsu

Ya ini mampu muliakan seseorang di dunia di mata manusia
Tapi apabila kita mengejar dunia ini sahaja. 
Kita tidak akan rasa cukup

Lagipun manusia berasal dari tanah.
Tanah ini biasanya dipijak-pijak saja. 
Syaitan pun hairan kenapa Allah melebihkan manusia dari mereka. 

 Fi Zilalil Quran 1
Kita menjadi mulia apabila ditiupkan roh. 
Kerana dengan roh ini. Datang tanggungjawap sebagai hamba dan khalifah

Sebab itulah Al-Quran mampu menyedarkan betapa mulianya manusia.

Apabila hati kita sedar tanggungjawap kita. 
Kita akan tahu apa nak buat.

setiap waktu kita akan menjadi lebih mulia

untunglah manusia jika dia merasai nikmat bersama Al-Quran ini.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...