Sabtu, 18 Mac 2017

Muqadimmah Fi Zilalil Quran 1

Manusia ini mulia. Mengapa kita mulia? Jom kita kupaskan isu ini.

Dari catatan daripada bacaan dan perbincangan Muqadimmah Fi Zilal 1.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.

Bagaimana usia seseorang dapat mendapat berkat sedangkan 
semua manusia mempunyai 24 jam?

Saya dapat rasakan Al-Quran ini dari perspektif dia.

Fi Zilalil Quran 1


Muqadimmah Fi Zilalil Quran

Hebatnya Al-Quran mampu membersihkan usia

Hebatnya Al-Quran mampu memberkatkan usia

Hebatnya Al-Quran mampu memmuliakan usia.

Bagaimana? Baca seterusnya.

Penulisan

Tarbiyyah telah mengubah saya dari pelbagai segi.

Salah satunya membuat saya minat membaca.

Ada ustaz tu kata kalau pembacaan, kuliah itu tidak melahirkan sesuatu.
Maksudnya ilmu itu tidak masuk kedalam hati.

Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk melimpahkan segala yang ada di dalam hati ini dalam bentuk tulisan.

Cara fikir orang lelaki dikatakan berbeza dari perempuan.

Saya terutamanya merasakan pembacaan tulisan yang menjela itu memenatkan. :D

Pertama saya akan cuba meringkaskan Fi Zilalil Quran dengan cara saya memahaminya.

Penulis asal buku-buku ini mempunyai pengalaman yang panjang dalam menulis.
Mungkin kerana itu, beliau mampu menulis Fi Zilalil Quran yang berjilid-jilid panjangnya.

Satu kelemahan saya ialah membaca buku yang tulisannya panjang menjela. Jadi kalau nak tulis panjang berjela pun lagi susah.

Oleh itu saya ringkaskan. :)

Semoga penulisan saya ini dapat memudahkan saya untuk menulis journal untuk PhD saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...