Sabtu, 7 Oktober 2017

Pengembaraan ke Warsaw, Porland 2

Berminat untuk tahu bagaimana pengalaman pergi ke Conference?

Sambil tu saya akan beri juga tips2 bagaimana saya mengembara dengan Supervisor Jepun.

Supervisor Jepun suka beer. Kita Islam tak boleh dekati alchohol.

Macam mana saya mengembara? Jom kita mengembara ke Poland.

Sampai saja di airport Warsaw, supervisor dah tunggu kat luar. Sepanjang perjalanan, kami memang pengsan dalam flight. Bayangkan total travel time 16 jam. Pagi2 keluar, sampai Warsaw dah gelap. Sekarang dah musim luruh, jadi luar pun agak sejuk. 17 degree je. Baju kemeja yang dipakai untuk musim sejuk, jadi tak de lah sejuk sangat.

Isnin, 25 September 2017

Pengembaraan ke Warsaw, Poland

Baru-baru ini saya baru saja pulang dari Poland. Balik saja biasalah kena adjust diri sendiri dulu. Menulis juga perlu ada mood.

Lagi-lagi saya perasan saya mempunyai tanggungjawap yg agak banyak.

Saya perasan ini apabila ada orang Jepun tu kata, Wah busynya awak dan dah gemuk sikit ya lepas balik Malaysia.

Saya perlu jaga business bento isteri, jaga isteri, jaga kewangan, pastikan surau buka setiap hari, pastikan ilmu PhD saya releven dengan baca journal, jadi anak yg baik, improve diri sendiri dengan baca buku.

Apa-apa pun jom kita mengembara ke Poland. Sambil tu saya akan beri juga tips2 bagaimana mengurangkan masalah ketika mengembara dengan Supervisor Jepun. Supervisor Jepun suka beer wo. Macam mana saya mengembara? Jom.


Sabtu, 2 September 2017

Pengembaraan membuat passport (3)

Bila dah siap MyKid, kena buat passport pula. 

Semasa buat passport, ada juga halangan/ujian kecil.

Rumah belum habis kemas lagi nak aqiqah. Esok atuk dan mak cik sekeluarga nak datang dari Singapore.

Selepas buat MyKid, petang tu sempat sapu dan mop lantai. Penat jugalah. Rumah pun luas. Yang paling susah tu bawah meja dan almari. Kena tunduk.

Kebersihan tu pun sebahagian dari iman. Dapat pahala.

Mungkin sebab tu kut. Isteri badan panas sangat semalam. Pada malam hari siap MyKid tu, semasa sedang tidur. Terkejut saya dibuatnya bila lengan terkena lengan isteri. Mula-mula ingat mimpi, tidur semula. Tapi bila dua tiga kali rasa panas bila tersentuh.

Rabu, 30 Ogos 2017

Pengembaraan membuat passport (2)

Bila dah siap re-entry VISA, kena buat passport pula.

Tapi semasa nak buat passport, kami tertinggal semua document anak.
Kami dah post ke Jepun tapi barang tak sampai-sampai.

Mungkin dia dah sampai kut Sabtu or Ahad (29/30 Julai). Tapi bila tanya Mina, tak sampai lagi.

Bila check resit pos, barang sampai Jepun pada 1 Ogos. Lambat dah ni. Sempat ke tak dari Osaka ke Shiga, dari Shiga ke rumah.

Di samping menunggu tu kami sempat untuk shopping buku, tudung, dan apa-apa barang yang tiada di Jepun. 

Bayangkan satu buku saya sempat habiskan. Pergh. 
Buku itu berjudul Kitab Sang Engineer. 
Penulis dia Farhan al-Banna berjaya menceritakan hukum-hukum seperti Newton's law dengan sifat manusia itu sendiri. 
Apabila kita belajar sains ni kadang-kadang kita terlalu fokus kepada details sampai kita lupa. Di mana tuhan?
Kita belajar sains atau apa-apa ilmu ini untuk mendekati diri dengan Allah bukan dengan ciptaannya saja. 
Itulah ilmu ciptaan barat. kosong tanpa roh sang pencipta. Ilmu yang tidak hidup apabila di baca. 



Selasa, 29 Ogos 2017

Pengembaraan membuat passport (1)

Bila dah siap re-entry VISA, kena buat passport pula. 

Semasa buat passport, ada juga halangan/ujian kecil. Tak cukup document, Bagaimana nak jaga anak dalam flight.

Walaubagaimanapun Kami juga berjaya membuat passport dan mykid.
Kebanyakan orang yang kami tanya, semua kata apabila nak buat mykid,
"birth certificate anak tuan tiada dalam sistem"
Ada cara-cara dia untuk adakan dalam sistem. Sebab kami berjaya dapat mykid dulu baru dapat passport.

Setelah 1 tahun lebih kami di sini, berjaya juga kami asingkan duit simpanan demi untuk balik Malaysia. Saya dapat biasiswa yg cover yuran je. Jadi tak dapat balik selalu. 

Demi anak ku. Ku gigihkan balik ke Malaysia buat passport.


Jumaat, 25 Ogos 2017

Pengembaraan membuat re-entry VISA

Bila dah siap EC dan BC, kena buat re-entry VISA pula.
Masa buat re-entry VISA tu. Ada juga halangan kecil. Hujan, tak cukup document, masa cukup-cukup. Tapi kami berjaya juga buat re-entry VISA. 
Nantikan juga ya kisah buat kami buat passport.
Tapi sebelum itu, jom kita buat re-entry VISA dulu dekat pejabat imigresen Jepun.
Kadang-kadang orang tanya;
Sempat ke nak buat? 1 minggu lagi nak terbang ke Malaysia.
A:Kami buat 1 minggu sebelum berangkat ke Malaysia.
Apa yang diperlukan untuk buat re-entry VISA?
Kalau tertinggal gambar nak buat apa?
A:Ya, Kami semasa buat re-entry VISA itu tertinggal gambar.
Bagaimana kami menyelesaikannya?
Jom sertai pengembaraan ini.


Pengembaraan membuat Emergency Certificate dan Birth Certificate

Assalamualaikum, Wahai warga Malaysia yang sudah ada anak. Mesti ada persoalan yg timbul selepas anak lahir di Jepun.
Nak daftar Birth Certificate bagaimana?
Nak buat passport ke EC?
Kalau buat passport ambil masa maximum 3 bulan.
Kalau nak buat EC, bagaimana membuat EC?
Perlu duduk di Tokyo berapa lama untuk buat EC dan BC?

Cerita di City Hall, Hospital, dan Immigration tu cerita lain kali la ye. Hari ini saya akan berkongsi cerita kami di Embassy.

Bagaimana kami berjaya membuat Emergency Certificate (EC) dan Birth Certificate (BC) serentak, tanpa perlu pergi dua tiga kali.

Nak photostate or ambil gambar bayi di kawasan Embassy tu susah tu. Kalau tak cukup document lagi kena balik rumah, pergi city hall etc.

Langkah #1 Pastikan document cukup.

Kalau tanya orang embassy mereka akan kata rujuk saja website mereka. Hmm.. Rasa tak cukup sebab yang jaga email ini bukan orang yang pakar. Jadi kami rasa sangat berterima kasih rakan-rakan di group facebook Srikandi Bumi Sakura dan website amirnishinihon. Mereka telah menulis semua document yg diperlukan untuk membuat EC dan BC.

Yang dah beristeri wajib join Srikandi Bumi Sakura tau! Lagi bagus buat kawan dengan members dalam tu. Boleh terus tanya orang yg dah berpengalaman.

Untuk document-document BC and EC, mesti bawa original document juga tau. Original document ialah
1. passport ayah dan ibu (+3 photocopy untuk ayah dan ibu)
2. birth certificate ayah dan ibu (+3 photocopy untuk ayah dan ibu)
Ini penting. Kami pun apabila kawan-kawan Srikandi Bumi Sakura kata birth certificate ayah dan ibu original itu wajib. Memang kami pun cemas buat seketika. Sebab Birth certificate kami berdua ada di Malaysia.
Jadi Kami contact la parent masing-masing suruh pos laju birth certificate. Alhamdulillah. Seminggu lepas pos sampai. Silap kami juga tak check awal-awal.
3. IC Malaysia ayah dan ibu (+3 photocopy untuk ayah dan ibu)
4. Resident card anak, ayah, dan ibu (+3 photocopy untuk anak, ayah, dan ibu)
5. Sijil nikah (+4 photocopy) - jawi pun tidak ada masalah.
Sijil nikah ni memang kena ada, kami nak buat resident card pun perlu sijil nikah.
6. Bukti Tiket flight (print 3 terus)
Dah check semua ada, jom pergi city hall pula. Kalau pergi city hall/shiyakusho, minta 1 original document setiap satu. Document ini sah untuk 3 bulan saja taw.
7. Juuminhyo (+4 photocopy untuk ayah) - saja bawa photocopy lebih.
8. Juurishoumeisho/certificate of acceptance of report of birth (+1 photocopy untuk bayi)
9. A3 Shusseitodoke/certificate of birth (+1 A4 photocopy untuk bayi)
Semua photocopy perlu dalam size A4. Hati-hati, sebab Shusseitodoke ni size dia A3.
Akhir sekali,
10. Gambar (6 keping untuk bayi size 5 cm x 3.5 cm)
Background belakang mesti putih.

Memang pelik sikit saiz gambar dia. Kalau pergi 7e ke photobox biasa ada size 5cm x 5cm, 4.5cm x 3.5cm. Kesimpulannya, 5 cm x 3.5 cm hanya boleh dibuat di studio.


Kami buat di Kamera no kitamura. Banyak cawangan dia di Jepun ni.


Syarat itu gambar diterima ialah seperti dalam gambar di atas. Maaflah ambil gambar tak cantik, penat berlari ke embassy sampai tak perasan gambar tak lawa.

Point dia, Mata kena buka. Kadang2 ada kanak2 yg mata separuh buka. tak lepas. Kalau pergi studio gambar, memang mereka akan rangsang bayi sampai tengok camera. Nanti kedai akan bagi Raw file yg dia background biru dlm cd. Background biru ni dia mask guna software dia, jadi putih.

Bila sudah ada semua document ni. Untuk memudahkan orang yg embassy, sila susun ikut urutan dalam site Embassy ini.

Kalau susun betul2. Dia sangat baik. Hari tu kami tak photostate resident card. kak Jepun tu tolong photostate kan. Agaknya nampak kami kelang-kabut gitu bawa anak. Kami pun hampir lambat sampai embassy. Berlari-lari juga. Sampai 1140pm. 20 minit sebelum tutup.

Langkah #2 Email kepada embassy

Apabila sudah cukup, email kepada embassy yg kita mahu buat EC untuk anak. Termasuk bila balik Malaysia.

Kak Jepun yang jaga kaunter tu tanya, ada tak print out email kepada embassy? Kami tak print pula email tu. Nasib baik boleh tunjuk guna smartphone saja. Alhamdulillah lepas. Kalau habis battery dan nak charge phone. Boleh pergi makan di Gusto, Shibuya. Mereka bagi tempat charge bawah kerusi.

Langkah #3 Plan perjalanan

Kita mesti sampai ke Embassy awal. Ofis tutup pukul 12pm. hati2 ya. Datang awal lagi mudah kalau jadi apa2. Pastikan kalau naik train, plan route yg mudah.

Alhamdulillah, kami pergi Tokyo ni naik kereta. Cuma Parking kat tokyo ni mahal sikit.
6 jam perjalanan, anak ada lah meragam sikit2. Biasalah anak kecil. Tak selesa duduk dalam child seat. Selepas park tempat yg murah. 600 yen juga sehari.

Kami naik train untuk jalan Tokyo. Mesti kita nak jalan2 kan dekat Tokyo lepas buat EC. Oleh kerana anak kami kecil lagi, kami bawa bayi dalam carrier je. Di Tokyo ni kena banyak jalan-jalan dan tukar-tukar train, jadi kalau bawa stroller, memang lambat la nak bergerak, tunggu lift, turun tangga.

Mindset kena betul nak pergi Embassy ni. Sebab jalan dekat Embassy tu berbukit-bukit. Pastikan bawa air secukupnya. Lagi-lagi musim panas ni. Station terdekat ialah Shinsen. Keio Inokashira Line. Jalan 10 minit ke Embassy.



Embassy ni juga dekat dengan Shibuya, jadi lepas selesai urusan, boleh la jalan2. Kami sempat beli souvenir untuk bawa balik Malaysia.

Tak tahu macam mana nak naik train? Pakai google maps je.

Bila selesai, dia akan beri satu resit bila untuk ambil document. Biasanya dia tulis sila datang keesokkan hari, pukul 3pm - 4pm.

Lepas dapat EC, boleh la buat document re-entry visa/Sainyukoku untuk anak. Nanti anak lepas balik Malaysia tapi tak dapat masuk Jepun pula.

Selamat mencuba. :)

Sabtu, 18 Mac 2017

Muqadimmah Fi Zilalil Quran 1

Manusia ini mulia. Mengapa kita mulia? Jom kita kupaskan isu ini.

Dari catatan daripada bacaan dan perbincangan Muqadimmah Fi Zilal 1.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.

Bagaimana usia seseorang dapat mendapat berkat sedangkan 
semua manusia mempunyai 24 jam?

Saya dapat rasakan Al-Quran ini dari perspektif dia.

Fi Zilalil Quran 1


Muqadimmah Fi Zilalil Quran

Hebatnya Al-Quran mampu membersihkan usia

Hebatnya Al-Quran mampu memberkatkan usia

Hebatnya Al-Quran mampu memmuliakan usia.

Bagaimana? Baca seterusnya.

Penulisan

Tarbiyyah telah mengubah saya dari pelbagai segi.

Salah satunya membuat saya minat membaca.

Ada ustaz tu kata kalau pembacaan, kuliah itu tidak melahirkan sesuatu.
Maksudnya ilmu itu tidak masuk kedalam hati.

Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk melimpahkan segala yang ada di dalam hati ini dalam bentuk tulisan.

Cara fikir orang lelaki dikatakan berbeza dari perempuan.

Saya terutamanya merasakan pembacaan tulisan yang menjela itu memenatkan. :D

Pertama saya akan cuba meringkaskan Fi Zilalil Quran dengan cara saya memahaminya.

Penulis asal buku-buku ini mempunyai pengalaman yang panjang dalam menulis.
Mungkin kerana itu, beliau mampu menulis Fi Zilalil Quran yang berjilid-jilid panjangnya.

Satu kelemahan saya ialah membaca buku yang tulisannya panjang menjela. Jadi kalau nak tulis panjang berjela pun lagi susah.

Oleh itu saya ringkaskan. :)

Semoga penulisan saya ini dapat memudahkan saya untuk menulis journal untuk PhD saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...