Isnin, 18 April 2011

mimpi ku..

Smlm aku bermimpi lagi. satu mimpi yg ku rasa kan aku patut bersedia untuknya kelak.
 di satu tempat asing. seperti dalam satu rumah. di situ terbentang sejadah utk imam dan
makmum. Aku kehadapan slpas mendgr qamat dan imam menyuruh rapat2 kan saf.
tapi ku mendapati ada wanita yg merapatkan saf juga. Aku yg mengikut mahzab imam
syafie biasa lah mengelakkan diri dari menyentuh org bukan muhrim tanpa berlapik.
lg ku elak lg dia merapatkan diri. sampai la satu tahap, perempuan itu seperti naik angin.
dan imam itu berpaling kepada ku dan berkata;
kenapa kamu tidak merapatkan saf?

ku mengatakan bahawa "Mahzabku melarang Muslim untuk menyentuh kulit antara 
lelaki dan perempuan yg bukan muhrim".  oleh itu aku menjauhkan diri utk tidak merapat kn saf.

dia bertanya lg,"buktinya? ". aku tidak ingat surah berapa yg menyatakan tp tiba2 muncul dari mulut ku mengatakan"Quran ada mengatakan jgn mendekati zina " dan... cuba untuk menyambung hujah2 lain namun
tidak terkeluar juga dari tempurung kepala ku. Sehingga kn sakit kepala menyengat kepala.
Langsung aku bgn dari tidur ku..
Rupanya tiba waktu masa apabila pekerjaan sbgai pendakwah. begini ke aku patut berhujah?
dah x dapat tidur da pagi tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...