Tuesday, March 29, 2011

phobia tulis diari

satu ketika dahulu, menulis diary merupakan satu hobi aku. Akan ku tulis segala resahku ke dalamnya menganggap tiada siapa yg akan membacanya. Ia bermula bukan dgn segajanya. Ia bermula apabila ayahku memberi diari lebihan dari officenya.
 Pada mulanya aku tidak tergerak untuk menulis apa pun, hanya ku penuhi diari2 lebihan itu dgn lukisan Pokemon yg ku tiru dari kertas tikam ku. Ku meminati Pokemon oleh itu aku suka menikam sticker2 dari kedai runcit demi mendalami gambar2 pokemon2 itu. lukisan ku tidak la scantik mana. tapi lukisan itu bagi ku sungguh cantik. 
 Tapi semuanya berubah apabila ku duduk sendirian. Berbeza dgn hari2 biasa ku yg lain. aku sudah biasa melukis seorang diri dalam bilik. tapi yg ku maksudkan hanyalah kemasukan aku ke asrama penuh. segala jadual ku berubah. Ia menjadi sungguh asing kerana sticker Pokemon tidak boleh di dapati di situ. ku buntu. aku cuba untuk melukis bgnan ternyata object itu sungguh ssh lebih daripada kartun2 pokemon. Baru ku sedari aku bukan la seorang pelukis. hanya seorang student yg meniru kartun orang lain. 
 Diri ku resah ingin melukis kartun baru. tanpa kartun, lukisan aku hanyalah sekadar orang2 lidi. tapi ku gagah kan jua untuk mengeluarkan idea sendri. Hingga kan ckg mengajar di dpan ku melukis di blkg. Sehingga kan ckg menegur atas lukisan2 ku. "Hazarul jgn melukis di dalam kelas".
 Disebabkan itu, aku terpaksa menghentikan lukisan aku sementara. Kehidupan di asrama tahu2 la kan. spjg masa ada saja aktivitinya. petang2 ada waktu tapi waktu itu, mata2 ku berat dan rakan2 di sekeliling ku membuat ku segan untuk melukis. Dan secara tidak segaja ku luahkan jua perasaan ku dalam kata2 di diari itu. 
ku masih teringat luahan2 ku " kat asrama ini mmg memenatkn. time prep ttdo ritu. tiba2 ade ckg dok tgk dpan aku. gelabah gitu. aku da la bawa hp dlm beg. ssh btol asrama xleh bawa hp. nak call ke ape2 kna tggu line clear. nk gune phone booth dan call punya la ssh nk contact mak. yla line sabah, aku gune phone kt semenanjung. mmg letak RM1 tu 2-3 minit abis. ssh.." 
 gitu2 la aku tulis, dan pada satu ari, aku letak la skjp buku tu bawah meja. Sekali kawan ku dtg mengambilnya dan menelek buku itu. pada waktu itu tgh rehat. mmg tinggal kan la kan. Sebaik sahaja aku pulang dari makan tgh hari ku. aku nampak dia memegang diari ku. dia terus membaca isi kandungan terutama skali luahan di atas. dan aku taw skrg posisi aku dlam bahaya. rakan2 yg aku tidak kenali latar blkg sudah mengetahui aku memiliki hp. Pada waktu itu, Nokia 3310 merupakan satu hp yg canggih. 
 ketakutan itu membuat ku merampas buku itu, dan memadam luahan2 ku dengan liquid paper. ketakutan yg ku ingat kan sudah berakhir hilang apabila ku selak sebelah. ternampak tulisan2 ku cuma perkataan nya terbalik. ku padam pula dengan pen hitam ku. baru la lega hati ku.
 ku ingat kejadian ini berakhir di sini sahaja. bersambung... *pnat la.. 

2 comments:

hanaani said...

aahahaha...comel je
pokemon??kekeke:D

roset said...

haha...ade bkat lg tu...
truskn mnulis n kumpul sticker tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...