Saturday, March 18, 2017

Muqadimmah Fi Zilalil Quran 1

Manusia ini mulia. Mengapa kita mulia? Jom kita kupaskan isu ini.

Dari catatan daripada bacaan dan perbincangan Muqadimmah Fi Zilal 1.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.

Bagaimana usia seseorang dapat mendapat berkat sedangkan 
semua manusia mempunyai 24 jam?

Saya dapat rasakan Al-Quran ini dari perspektif dia.

Fi Zilalil Quran 1


Muqadimmah Fi Zilalil Quran

Hebatnya Al-Quran mampu membersihkan usia

Hebatnya Al-Quran mampu memberkatkan usia

Hebatnya Al-Quran mampu memmuliakan usia.

Bagaimana? Baca seterusnya.

Penulisan

Tarbiyyah telah mengubah saya dari pelbagai segi.

Salah satunya membuat saya minat membaca.

Ada ustaz tu kata kalau pembacaan, kuliah itu tidak melahirkan sesuatu.
Maksudnya ilmu itu tidak masuk kedalam hati.

Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk melimpahkan segala yang ada di dalam hati ini dalam bentuk tulisan.

Cara fikir orang lelaki dikatakan berbeza dari perempuan.

Saya terutamanya merasakan pembacaan tulisan yang menjela itu memenatkan. :D

Pertama saya akan cuba meringkaskan Fi Zilalil Quran dengan cara saya memahaminya.

Penulis asal buku-buku ini mempunyai pengalaman yang panjang dalam menulis.
Mungkin kerana itu, beliau mampu menulis Fi Zilalil Quran yang berjilid-jilid panjangnya.

Satu kelemahan saya ialah membaca buku yang tulisannya panjang menjela. Jadi kalau nak tulis panjang berjela pun lagi susah.

Oleh itu saya ringkaskan. :)

Semoga penulisan saya ini dapat memudahkan saya untuk menulis journal untuk PhD saya.

Tuesday, September 17, 2013

Kesan ribut di Shiga, Japan

Kali ini saya ingin melaporkan keadaan Shiga selepas ribut semalam,
16 September.

Keadaan lalu lintas basikal dari HIROSE melalui jalan pintas 7 eleven lancar.
Walaupun terdapat tanah runtuh di kawasan Panasonic.
Tanah runtuh itu hanya menutup kawasan longkang dan jalan agak lecak di situ.

Jika melalui jalan ke University, jalan sedikit sepah, dan juga terdapat ranting patah.

Apabila sampai di kawasan letak basikal, banyak juga bendera yang patah dan koyak.

Monday, September 16, 2013

Buat dompet sendiri. .

Mahu buat dompet?

Assalamualaikum,

Sudah lama rasanya tidak menaip di sini.  Sekian lama mendiamkan diri hanya untuk mengumpul semua ilmu yg ada untuk di kongsikan.
Untuk membuat dompet, mula2 kita harus pilih material yg bagus. . 
Dalam gambar sy memilih pvc yg nipis berwarna merah. . Material ini sgt lawa. .

Tuesday, March 12, 2013

Jom ke krabi

Pada 22hb march haritu, air asia ade buat promotion free airport tax.
Ke krabi je da 60 ringgit gitu. Tanpa ulang alik bagai la.
Gembira yang teramat sgt dapat ke pantai. Pantai je kan..

Saturday, March 9, 2013

Kehilangan iphone 4

Wa.. sudah 2 minggu aku di rumah merasakan banyak juga plan yg hendak di buat.
Sampai je ke KL terus berjln ke klcc. Sebenarnye nk cari no je..
Nak dikatakan iphone 4 aku telah hilang. Wuu..
Kehilangan itu amat dikesali kerana hilangnya itu di Jepun.
Pagi itu sebelum menaiki train, aku solat subuh di stesen. Disaat itu aku sudah pun memeriksa iphone ku di tali pinggang ku. Tempat kocek nye sudah pun longgar tp aku tetap membetulkan keadaannya. Sekejap je, selepas satu kali naik train sampailah destinasi.
Setelah aku menaiki train itu, aku lantas terlelap seketika. Perjalanan mengambil masa 30 minit. Jadi apa salahnya jika terlelap seketika.
Sampai di destinasi itu, aku terus keluar dari kereta api dan kereta api itu berlalu pergi. Aku periksa kantung hp ku, kosong.. dup dap dup dap..
Hati ku merasa berat sgt untuk mengejarnya kembali. Biarlah kata hatiku. Jika orang jepun yg mengambil itu baik hatinya. Minta dipulangkn semula ifon itu.
  Pelbagsi usaha aku lakukan mengunakan locate my iphone. Ternyata orang yg mengambil itu sudah pakar dalam mengunakan iphone. Dan keluar email mengesahkan iphone account itu telah berubah tgn. Mungkin ada hikmahnya, aku niatkan supaya sesiapa mendapat hp itu mendapat hidayah kepada Allah. InshaAllah.

Thursday, November 29, 2012

Kelas pagi khamis ku

Di Jepun ada rules yg x bertulis dan apabila dilanggar seorang pengajar boleh disaman dan buang keja.

Oleh itu, ckg yg presentationnya tidak mantap semasa mengajar pun menjadi takut untuk tegur pelajar.

Bagi pengajar yg mempunyai cara presentation yg mantap lebih menampakkan garangnya.

Jadi orang Jepun pun respect orang yg ada ilmu. Cuma ilmu sains ini cukup ke bagi mereka? Moga2 mereka mendapat hidayah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...